|
TANJUNG SIMPANG MENGAYAU,KUDAT, SABAH |
Sebenarnya
tempat ni saya memang banyak kali sudah pegi. Mungkin lebih kurang 6 kali
rasanya, sebab Kudat ni agak dekat dengan daerah kelahiran saya iaitu Daerah
Kota Marudu. Tempat itu namanya Tanjung Simpang Mengayau. Untuk pengetahuan
semua, Tanjung Simpang Mengayau yang juga dikenali sebagai ‘Tip of Borneo’ ni (bahagian
paling utara Borneo), terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia.
Hujung
tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan. Dalam bahasa
kaum Rungus, Kudat, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama ‘Tanjung
Sampang Mangazo’. ‘Tanjung’ bermaksud hujung, ‘sampang’ adalah simpang dan
‘mangazo’ pula bermakna peperangan. Begitulah kalau mengikut apa yang saya bacalah.
|
Pemandangan sekitar Globe |
Mungkin
ramai yang tidak tahu bahawa, kawasan yang turut digelar ‘hujung tanduk’ Sabah
ini merupakan tempat pertembungan arus dari dua lautan berbeza, iaitu Laut
China Selatan di sebelah kiri dan Laut Sulu di sebelah kanan. Setiap tahun pada
bulan Julai, apabila angin timur (Laut Sulu) bergelora dan di barat teduh (Laut
China Selatan) dan sebaliknya, pengunjung berpeluang menyaksikan kedua-dua arus
laut ini bertembung. Fenomena inilah yang sering ditunggu-tunggu oleh pelawat,
namun fenomena ini tidak menentu dan bergantung kepada keadaan angin dari
kedua-dua laut.
|
Makan angin dengan adik-adik dan kakak |
|
Cantik background~ |
|
Adik sibuk berlari di batuan Tanjung |
|
Rumah api di Tanjung Simpang Mengayau |
Di
hujung Tanjung Simpang Mengayau, terdapat sebuah globe yang menjadi mercu tanda
tempat ini. Globe berwarna gangsa yang membentuk “Tip of Borneo” ini menandakan
lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116
darjah di timur. Sebuah peta yang memaparkan pulau Borneo dipahat di atas
permukaan yang rata. Menarik dan sangat unik kan? Dan untuk sampai ke
tempat ini, pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 200 meter dari tempat
letak kereta, turun bukit, naik bukit. Agak memenatkan bagi yang tidak biasa
berjalan kaki, tetapi waktu berjalan kita boleh merakamkan pemandangan menarik
di sekitar. Jadi kurang sedikit rasa penat.
|
Perjalanan ke Globe |
|
Tidak penat sebab kiri kanan pemandangan cantik~ |
|
Kakak baju pink, adik baju belang, yang sorang lagi kawan adik ^^ |
|
Ini pemilik blog :P |
Di
sebabkan tempat ini terletak berhampiran laut, keadaannya memang panas. Panas dan
memang angin agak kencang sikit. Sangat berbeza dengan keadaan di Kundasang atau di Mount
Kinabalu Heritage Resort & Spa. Apapun, memang tidak perlu risau
bila makan angin di sini sebab memang ada beberapa kemudahan yang tersedia
antaranya kafe, pondok berehat, kedai cenderamata dan chalet. Bilik air
pun ada disediakan. Di
sebelah kiri tanjung terdapat sebuah pantai cantik dinamakan Pantai Kalampunian.
Sempatlah berehat di sana sekejap sambil menikmati pemandangan indah matahari
terbenam.
|
Pantai Kalampunian :) |
|
Bersukaria di pantai |
|
Bermain pasir~ |
|
Pasir putih dan cantik :) |
|
Giliran penulis blog yang melompat-lompat |
|
Itu kami! |
|
Semart kan? ^^ |
|
Pemandangan matahari terbenam :) |
|
Tidak rugi jalan jauh-jauh untuk tengok pemandangan indah di sini :) |
Kepada
yang belum pernah datang ke sini, bolehlah luangkan masa berkunjung bersama
keluarga, rakan-rakan atau secara bersendirian untuk melapangkan fikiran.
Tanjung Simpang Mengayau terletak kira-kira 215 kilometer dari Kota Kinabalu,
iaitu lebih kurang tiga setengah jam pemanduan.
bes bca blog nie...byk dpt info ttg sbh...
ReplyDelete=)
hehe..tq :) next time saya post cerita lagi banyak pasal pusat peranginan d sabah ni, hihi~ ^^
ReplyDelete