AMAZON MALAYSIA DI MALIAU BASIN
Rasanya jarang kita dengar
nama Maliau Basin disebut-sebut dan tidak ramai yang berpeluang memasuki
kawasan hutan asli Lembangan Maliau atau biasanya orang panggil sebagai Maliau
Basin yang terletak di bahagian tengah selatan Sabah-Keningau. Memang susah
sebenarnya mahu masuk ke Maliau Basin ni. Kunjungan cuma diberikan kepada mereka
yang diberikan kebenaran untuk melawat oleh Yayasan Sabah. Kalau mahu tau,
Maliau Basin ni merupakan hutan dara kelas pertama di Malaysia yang sememangnya mengandungi
ekosistem paling terlindung dan tidak terusik di dunia.
Sejak kecil, saya sedia tahu tentang kewujudan Maliau Basin. Mungkin sebab saya jenis yang suka aktiviti lasak ( walaupun orang cakap nampak lemah dari luaran), so memang sejak kecil saya ada memasang angan-angan la kononnya, mahu datang ke Maliau Basin. Bila sudah berumur 22 tahun, barulah saya berpeluang datang ke Lost World ni dan sebenarnya saya sendiri tidak sangka berpeluang menjejakkan kaki ke sana sebab setahu saya, memang bayaran untuk masuk mahal dan boleh mencecah ribuan ringgit!! Kecualilah datang dengan status PELAJAR, so bayaran kurang sikit lah tapi masih di tahap mahal juga. Bukan datang sorang- sorang, tapi datang dengan rombongan daripada PISMP SAINS 2011 IPG Kampus Tawau. Kami datang bukan setakat melawat, sebenarnya tujuan kami datang ke Maliau Basin ni sebab ada aktiviti Kajian lapangan yang khas dibuat untuk memenuhi keperluan subjek subjek major Ekosistem dan Biodiversiti kami. Secara tidak langsung juga aktiviti ni beri pendedahan kepada kami tentang kepelbagaian spesis flora dan fauna yang ada di dalam kawasan kajian.
Sebenarnya kami memang sudah tau confirm dapat datang pegi Maliau Basin ni 3 bulan lebih awal daripada tarikh program tu. Tapi kami dengan berani matinya tidak turun TRAINING tiap petang, disebabkan kesibukan membuat ESAIMEN YANG BERLAMBAK-LAMBAK. So, kami datang ke sana dengan keadaan fizikal yang belum mantap dan langsung tidak ready. Bila fikir balik, memang bodoh sebenarnya tindakan kami tu. Memang manis bila ingat balik kenangan manis sepanjang berada di Maliau Basin. So, rasanya di sini saja tempat saya boleh luahkan perasaan gembira dan rindu yang teramat sangat dengan The Lost World of Sabah ni.

Day
1 (20/09/2012)
Kami bersiap sedia dengan barang masing-masing seawal jam
6.30am dan seperti biasa kebanyakan manusia datang pada jam 7.00am.. Tepat jam
7.00am tu segerombolan wagon datang. Terkejut gila kami sebab 4 wagon tu datang
tepat-tepat jam 7.00 am, sangat-sangat menepati masa. Di sanalah kami
kelam-kabut menyusun barang sebab sarapan pagi pun sebenarnya belum ambil lagi
di surau. Lepas makan, susun barang di wagon, kami datang mengambil dua orang pensyarah
kami di admin. Pengarah pun datang untuk bersalaman dengan kami, beri kata-kata
semangat yang sebenarnya kami dengar tidak dengar saja sebab terlalu excited
untuk eskep kelas selama 2 hari. Sebelum jalan tu, ada sedikit majlis doa
selamat dan bacaan doa pula special sikit, dipimpin oleh pensyarah berpangkat
ustaz yerr.
BACAAN DOA |
PISMP SAINS 2011 |
Perjalanan untuk ke Maliau
Basin sememangnya mencabar sebab jalan untuk ke sana tu tidak normal macam
jalan raya. Memang patut pun ada dua pilihan ja untuk datang ke Maliau Basin
ni, sama ada datang dengan naik 4-wheel drive ataupun guna jalan udara dengan
menaiki helikopter.
SEGEROMBOLAN WAGON |
SPESIS PIKACHU SEDANG LENA TIDUR DIBUAI MIMPI |
Bila sampai di pintu masuk untuk ke Maliau Basin, kami
diberi sedikit taklimat oleh sorang abang ni. Daripada situ, kami dapat banyak
maklumat penting dan menarik pasal Maliau Basin. Dan paling penting dia kagum dengan
kami sebab telah memilih trekking yang paling mencabar untuk buat kajian
lapangan kami.
TREKKING PALING MENCABAR? WHAT THE~~ Rupanya
trek laluan kami sepanjang kajian lapangan tu adalah round trip di mana kami
pusing habis semua camp site. Abang tu memuji kami sebab tidak ramai sebenarnya
yang pilih trek laluan tu dan yang paling menakutkan bila dia cakap kena buat
training sekurang-kurang satu bulan untuk meredah laluan round trip tu. Time tu saya pandang kawan-kawan sekeliling, ada suda yang berubah wajah..nampak pucat dan saya sendiri pun sudah mula mengigil, bukan sebab suhu persekitaran tapi sebab takut tidak larat untuk trekking sejauh 37km di dalam hutan tebal. Rugi bah duit rm 350 kalau jalan separuh saja
MENDAFTAR DI PINTU MASUK |
TAKLIMAT KHAS |
Ingatkan sudah
sampai..rupanya kami baru tiba di pintu masuk sahaja. Ada sejam lagi perjalanan
untuk ke Maliau Basin Studies Centre (MBSC). Dalam perjalanan tu, sempat lagi
geng-geng wagon saya ( Pikachu & botak depan ) tidur sambil bermimpi indah.
Pakcik wagon tu pun kehairanan kenapa kami boleh tidur nyenyak dengan keadaan
jalan macam @##%@$*%!
SEMUA SIBUK MEMBUKA RUMPUT SUNDAL MASA STOP DI SATU AREA |
Untuk pengetahuan anda ( cehhh...), MBSC adalah kawasan yang besar
terdiri daripada asrama, rumah rehat pentadbiran,
pejabat pendaftaran, kedai cenderamata, bilik
persidangan, makmal dan galeri. Bangunan
kebanyakannya dibina dengan menggunakan sumber kayu dan kelihatan moden. Asrama kami pula luas dan selesa, dan
ia berpecah kepada pihak lelaki dan perempuan di setiap sisi. Setiap
sisi mempunyai tandas dan bilik mandi. Terdapat kira-kira 6 bahagian pada
setiap sisi, setiap bahagian mempunyai
dua katil bertingkat dua (untuk 4 orang) dan satu kipas siling, ada feeling-feeling suasana mewah asrama.
Tapi ini tempat penginapan untuk hari first saja yaaa...
PURA-PURA TIDUR LEPAS HABIS MANDI |
GADIS BAJAU DAN GADIS MELAYU |
BABI MERAYAU-RAYAU DI KAWASAN MBSC |
Penat lah cerita dengan
detail ni, saya teruskan cerita dengan aktiviti pertama kami hari tu. Sebenarnya
banyak cerita yang saya mau kongsikan di sini tapi kalau pemalas tu, pemalas
juga la kan. Jari saya sekarang di tahap kemalasan peringkat dewa sebab baru
habis exam kelmarin.
Selepas makan malam, kami diminta untuk menghadiri tayangan video untuk pengenalan
kepada Maliau Basin pada jam 8
malam. Video ni yang memberikan
kita gambaran tentang geografi,
rupa bumi, flora dan fauna di Maliau Basin. Selepas tu, kami ada
aktiviti NIGHT DRIVE di mana kami meninjau keadaan Maliau Basin pada waktu
malam sambil berdoa-doa supaya boleh nampak haiwan-haiwan liar sepanjang
perjalanan. Bosan juga kan kalau asyik nampak babi saja sepanjang di sana. Cakap
saja babi apa, babi gemuk, babi kurus, babi bulat, babi memanjang, semuanya
banyak berkeliaran di kawasan MBSC tu. Agak
best jugalah aktiviti ni sebab berpeluang juga untuk tengok musang, payau dan babi
bulat. Habis aktiviti Night Drive ni, semua berderet-deret masuk bilik untuk
aktiviti yang seterusnya iaitu tidurrrr..
HAMPIR TERTIDUR TENGOK TAYANGAN VIDEO NI |
NIGHT DRIVE |
NIGHT DRIVE |
SEBUAH MASJID YANG TERSERGAM INDAH DI DALAM HUTAN TEBAL |
BERSAMBUNG LAGI DALAM MALIAU BASIN DAY 2 ------>
Hi lavendergurl. Terjumpa ur blog on google and ur post on maliau basin best betul. Mau tanya ba ada ka ambil gambar masjid tu waktu siang? Cantik masjid tu.
ReplyDeletexda amik masa waktu siang..heheee kami pegi sana masa aktiviti Night Drive jak :)
ReplyDeletehello, kalo unkt pakej student berpa fee?
ReplyDelete