DAY 2 (
21/09/2012)
Walaupun ini adalah hari kedua kami di Maliau, tapi sebenarnya hari tu adalah hari "sebenar" kerana kami bakal memulakan aktiviti trekking di dalam hutan Maliau Basin. Kami bangun awal pagi untuk sediakan sarapan pagi dan makan
tengah hari yang dibungkus.
|
SARAPAN PAGI |
|
MODEL MALIAU BASIN |
Selepas habis sarapan pagi, kami berkumpul beramai-ramai dan
memulakan aktiviti Skybridge atau Canopy Walk. Dibina pada
bulan April 2007,Skybridge ini mungkin
salah satu titian kanopi terpanjang di Sabah selain daripada yang terdapat di Poring, Ranau.
|
SEBELUM BERGERAK KE SKYBRIDGE |
|
SKYBRIDGE |
|
KAMI YANG MINTA PUJI |
|
GAYAT KERRR |
|
SENYUM CERIA |
Selepas penat berjalan-jalan di Canopy Walk tu, kami mula
berangkat ke checkpoint seterusnya iaitu Agathis Camp di mana tempat ini
merupakan tempat bermulanya kami start aktiviti trekking kami. Pada mulanya, saya mati-mati fikir porter kami ni seorang yang berotot dan besar macam
King Kong. Agak terkejut juga ya bila tengok saiz badan
porter tu macam sama saja dengan badan
saya, baru berumur 18 tahun kalau tidak silap. So masa tu kami kumpul barang-barang dapur
dalam satu bekas untuk diberikan dengan porter tu. Teda yang larat mau bawa,
semua pun keberatan membawa barang masing-masing di dalam beg.
|
SUSUN-SUSUN BARANG SEBELUM START TREKKING |
Sebelum memulakan perjalanan, renjer ada bagitahu 3 kilometer yang pertama
tu kami cuma akan jumpa bukit, bukit dan bukit. Masa tu memang rasa yakin dan
confident boleh naik, padahal teda training pun sebenarnya. Dengan membawa
beban seberat 8kg di dalam beg, kecut juga perut bila dengar 3 km tu kami akan
mendaki bukit saja. Nasib baik bawa 8kg, kawan-kawan lain ada yang bawa 10kg,
ada yang bawa 12kg. Destinasi kami adalah menuju ke Camel Trophy Hut
yang dibina pada tahun 1993 oleh peserta
Camel Trophy. Jarak mungkin dalam 9km dari Kem Agathis.
|
KUMPULAN 1 DAN KUMPULAN 2 |
Trekking
untuk sampai Camel Trophy Hut, memang macam celaka dia punya trek. Naik
bukit mencanak tegaknya. Mula trekking pagi, petang baru sampai.
Kalau ada semangat pahlawan saja rasanya yang boleh lepas. Kalau suka
lugai-lugai, suka berehat-rehat, besok
lusa baru sampai rasanya di kem seterusnya. Sepanjang perjalanan untuk ke
sana, ada 8 tangga bomba yang diikat
tegak hampir 90 darjah. Dengan beg di belakang, gayat campur penat,
memang dugaan juga lah bila naik tangga seperti itu, keselamatan pandai-pandai
sendiri tanggung. Jangan haraplah ada yang mau menyambut dari bawah, dorang pun
penat tahap gaban suda juga rasanya.
|
TUNGGU GILIRAN UNTUK MEMANJAT TANGGA BOMBA |
|
PENSYARAH SAINS MENUNGGU GILIRAN UNTUK MEMANJAT TANGGA |
|
SEMUA KELIHATAN SEPERTI MABUK MOGINUM |
|
4 .5 KILOMETER LAGI |
Perasaan yang paling
best bila tengah penat-penat jalan sambil mulut kumat kamit berdoa semoga cepat
sampai di kem, rupanya bila pandang depan ada sudah nampak kem Camel Trophy tu
di atas bukit yang agak rendah. Berlari-lari kami naik bukit sebab mau duduk
rehat, minum air, mau makan sebab terlalu lapar. Kalau jumpa kfc, mungkin
itulah makanan paling sedap di dunia. Kawasan ni kawasan tanah tinggi, mungkin dalam 1400m dari
aras laut.
|
ANTARA YANG PALING AWAL SAMPAI KE CAMEL TROPHY KEM |
|
WAJAH GEMBIRA C ALI YANG BARU SAMPAI KEM |
Yang best di Camel Trophy Hut ni,
ada menara tinjau atas pokok sebelah pondok. Nama pokok tu Pokok Agathis,
ketinggian pula rasanya 80m. First time
tengok pokok tu dari pintu belakang dapur, memang suda pasang niat mau panjat
tangga sampai ke platform menara tu. Kalau gayat jangan pandai-pandai naik, ini
adalah amaran keras. Sebenarnya saya pun gayat juga tapi tidak tahu apa benda
yang sudah merasuk fikiran saya masa tu. Mungkin sebab mau cabar diri sendiri,
sama ada boloeh buat atau tidak benda yang saya yakin sebenarnya saya tidak
berani mau buat. Dan akhirnya saya berjaya!!! HOORAYYY
|
AKTIVITI MEMANJAT POKOK AGATHIS |
Untuk sampai ke platform menara tu, kita
kena panjat tangga yang tempat pijaknya ngam ngam separuh tapak kaki saja.
Sepanjang saya panjat tangga tu, rasanya lebih kurang 5 kali saya berhenti,
then panjat balik. Bukan sengaja mau berhenti, tapi sebab tangan balik-balik
krem. Jangan ada niat mau tengok bawah, nanti ada pula yang pengsan jatuh terus
dari pokok Agathis tu. Sampai atas tu, sumpah memang best walaupun hanya mampu
untuk merangkak saja bila sampai di platform tu. Kenapa merangkak? Sebab kaki
dengan tangan krem, sakit sebab panjat tangga yang sangat tinggi. Masa turun
tangga tu, kumat kamit saya baca doa supaya dapat turun dari pokok tu dengan selamat. Malang tidak berbau
kan, siapalah yang tidak risau. Apa lagi bila keselamatan memang 100% tidak
terjamin sepanjang naik pokok tu. Apa-apa pun, syukurlah, kami semua selamat
naik dan turun daripada pokok tu dengan selamat.
|
MASAK DAN MAKAN DALAM KEGELAPAN MALAM |
Bila malam menjelma (aisehhh),
memang ternyata suhu persekitaran buat kami mengigil kesejukan. Sangat sejuk,
tapi time tu saya tidak mandi ( pecah rahsia), jadi tidak terasa sangat
kesejukan tu. Agak menyedihkan juga bila ramai di antara kami yang injured,
termasuklah saya sendiri. Sebelum tidur tu, banyak jenis minyak urut yang saya
guna untuk urut bahagian betis dengan pergelangan kaki. Ohya, malam itu golongan
wanita tidur di dalam bilik, lelaki pula tidur secara beramai-ramai di bahagian
luar bilik. Agak menggeramkan juga bila orang luar bilik ada yang tidur berdengkur,
awal pagi entah alarm siapa pula bising memekak macam harimau mengaum. Tapi itu
semua tidak menghalang kami semua daripada tidur sambil bermimpi yang
indah-indah..
|
OPSSSSS!! >.<
BERSAMBUNG LAGI DALAM MALIAU BASIN DAY 3 -----------------> |
No comments:
Post a Comment