Saturday, January 5, 2013

MOUNT KINABALU 2012


Mendaki Gunung Kinabalu merupakan salah satu aktiviti yang mencabar boleh kamu lakukan sekiranya melancong ke Sabah. Pengalaman semasa mendaki ni sebenarnya memberikan kita satu pengajaran dan pengalaman yang berharga buat sesiapa sahaja yang pernah mendaki Gunung Kinabalu. Namun bukan senang untuk mendapat tempahan mendaki pada masa ini. Kebanyakan tempahan pakej mendaki selalu penuh dan menyebabkan ramai yang masih list menunggu untuk mendaki. Tempahan pakej mendaki pula perlu dibuat 5 bulan sebelum tarikh mendaki. Ini disebabkan kerana tempahan yang selalu penuh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan tempat. Adoi ayat terlalu skema, minta maaf.

Actually, saya sudah 2 kali mendaki gunung Kinabalu. Pertama kali pada 7 tahun yang lalu, masa tu masih lagi berumur kanak-kanak riang iaitu 15 tahun. Kali kedua pula masa berumur 22 tahun, iaitu last year. Dalam 7 tahun ini, memang tidak dinafikan banyak perubahan yang saya nampak di kawasan penginapan di area Gunung Kinabalu tu. Agak baik berbanding dahulu tapi satu saja yang buat saya rasa terkilan sikit, iaitu kawasan landasan helikopter di kawasan berhampiran Laban Rata semakin kurang cantik.
Kad nama pertama yang saya dapat 7 tahun dahulu
Kad nama terbaru

Saya mengaku yang pendakian kedua kali ini saya lakukan tanpa persiapan stamina yang cukup rapi. Keseronokan bercuti di rumah membuatkan saya lupa yang dalam seminggu lebih lagi saya bakal mendaki Gunung Kinabalu yang 7 tahun lalu saya training 2 minggu sebagai persediaan awal. Akibatnya, sebelum start mendaki hati saya risau melampau-lampau takut hajat tidak kesampaian.

Di Kinabalu Park, kami perlu mendaftar untuk melakukan pendakian. Kami tiba di Kinabalu Park sekitar pukul 8 pagi selepas sarapan pagi. Setiap pendaki perlu  mendapatkan permit pendakian sebelum mula mendaki. Setelah urusan pendaftaran selesai, kami semua dibawa menaiki bas menuju pintu rasmi pendakian iaitu Timpohon Gate (1,866m). Pendakian menuju Gunung Kinabalu pun bermula sekitar pukul 9.00 pagi pada 22 November 2012 yang lalu.

Suasana sejuk berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
MR PORTER relax angkat barang 30 kg, kami yang bawa 5 KG pun rasa macam mau putus nafas sudah

Trek jalan tersedia cantik

Trek berbatu dan bertangga

Sempat lagi ambil gambar kenangan

Ramai-ramai menuju ke Laban Rata
Set makanan tengah hari kami..tidak kenyang oo..  :(

Hepi walaupun penat =.=


Cantik kan? :)


GANBATTE!


7 tahun dahulu pernah ambil gambar di tempat dan posisi yang sama tapi gambar tu sudah hilang~


Macam di KK
Banyak rehat sebab asyik bergambar saja

Setelah berhempas pulas, kami semua sampai juga ke Laban Rata. Laban Rata adalah tempat rehat sebelum kami meneruskan pendakian ke puncak. Di sini ini sejuk gila. Laban Rata ni terletak pada ketinggian 2000 meter dari aras laut. Kira tak sampai 2 km lagi sampai puncak. Sampai-sampai di Laban Rata, hujan turun dengan lebatnya. Sudahlah sejuk, hujan lebat lagi. Sejarah berulang kembali, macam 7 tahun yang lalu juga, saya demam terus bila sampai dalam bilik di Gunting Lagadan  sebab suhu di sana terlalu sejuk sampai ke tulang, iaitu rasanya mencecah 0 darjah. Time tulah saya kelam kabut cari panadol, minyak sapu dan pelbagai jenis ubat demam. 
Terus berehat di kafe Laban Rata sebab hujan lebat di luar
Lepas minum ubat, terus berkurung dalam selimut saja. Syukurlah, lepas 3 jam tidur dengan nyenyak, jam 9 malam, saya terbangun balik dengan keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya. Yang bikin panasnya, bangun terlalu awal sampai bosan menunggu untuk start aktiviti mendaki. Pendakian ke puncak bermula pada pukul 2.30 pagi. Masa ni, kami siap pakai baju tebal, torch light di kepala, sarung tangan, stokin tebal-tebal. Cakap pun keluar asap, ala-ala tinggal di  negara orang putih kononlah.

Suhu 3 darjah. Sempat lagi check suhu sebelum bergambar


Trek ke puncak lagi mencabar. Siap ada tempat yang hampir 90 darjah. Kena pakai tali. Saya memang takut dengan aktiviti panjat memanjat ni, sebab tangan kanan saya ni bukannya normal macam tangan orang lain.  Sudahlah masa tu gelap, tidak nampak sangat ada gaung ka, jurang ka, kesudahannya saya berdoa sepanjang perjalanan supaya saya dengan kawan—kawan selamat sepanjang mendaki tu. Kami  berjaya sampai ke check point terakhir dengan jayanya iaitu di Sayat-sayat. Berhenti rehat kejap. Berhenti lepas tu payah pula mau bangun balik tapi kami tabahkan hati saja untuk teruskan perjuangan. 899 meter terakhir, kami sudah boleh nampak bayang-bayang Low's Peak. 

Muka pucat sebab kepenatan plus angin kencang masa mendaki

Maintain cantik walaupun kepenatan
Trek lepas tu memang berbatu saja. Bila makin tinggi ni, makin susah sebab oksigen makin kurang, badan pula penat. Akibatnya, kami terlalu banyak kali berehat, duduk dan baring sambil tengok langit dan pemandangan yang menakjubkan di sana.
Pemandangan matahari terbit. INDAHNYA!

Cabaran paling besar masa mendaki tu rasanya disebabkan tangan terlalu kebas sebab glove basah biarpun pakai glove dua lapis. Lapisan pertama saya pakai glove jenis kain, dan lapisan kedua glove untuk naik motor yang waterproof tu. Waterpfoof la sangat tapi glove tetap basah juga. Paling sandi bila tidak dapat  melangkah laju sebab susah untuk bernafas sambil kaki sakit berabis. Saya dan kawan-kawan masa tu tetap juga berjalan dan berusaha untuk mendaki tetapi dengan pelbagai cara la, antaranya ialah berjalan secara mengensot, kuak kupu-kupu, merangkak dan macam-macam cara lagi. Seriously,  tidak larat. Mungkin salah satu faktor penyebab adalah kekurangan training sebelum naik gunung. Bukan lagi kurang training, memang xda training pun~!!

Indahnya ciptaan TUHAN
Tepat jam 7 pagi, kami selamat sampai ke puncak gunung. Memang agak lambat sikit, tapi saya rasa memang sangat berbaloi sebab sepanjang perjalanan saya dapat ambil banyak gambar matahari terbit. Kalau dulu saya langsung tiada gambar kenangan semasa naik gunung, tapi berlainan dengan kali ini sebab saya sendiri menjadi photographer yang tidak berlesen.

Kenangan di puncak gunung.


Perjalanan balik ke Laban Rata

KM 8.0 - Seorang rakan tidak dapat meneruskan perjalanan setibanya di papan tanda ini disebabkan terlalu letih

Rehat sekejap

Muka pucat macam mayat
CHECK POINT terakhir - SAYAT-SAYAT




Ikut papan tanda kalau tidak mau sesat di sana :)

Gambar dari kafe Laban Rata..Tengok awan tu..paling mahal

Bersedia untuk balik

Satu peringatan kepada mana-mana golongan yang ingin mendaki, walaupun di Gunung Kinabalu tu memang sudah tersedia track yang cantik sampai la ke puncak Kinabalu, tapi realitinya the journey is not that easy. Harap2 kalau kamu pergi sana nanti dapat la juga bawa balik sijil colour. For information, sijil colour ni hanya dikeluarkan kepada pendaki yang betul2 sampai di puncak Kinabalu atau Low's Peak. Kalau tak sampai situ , maknanya boleh dapat sijil hitam putih saja. Dalam tempoh beberapa tahun ini, saya akan kembali lagi  untuk menawan Puncak Kinabalu. Rasanya belum puas lagi menikmati keindahan Kinabalu November lalu :)
 

17 comments:

  1. Sy mo ikut kalo sis mo p nek lagi..haha

    ReplyDelete
  2. heheee..naik kali lagi lepas 3 tahun ni mandak :) hoho jom naik gunung ramai2! ^^

    ReplyDelete
  3. Wow! Terima kasih sebab share pengalaman kat blog, boleh saya jadikan rujukan! Kalau ada masa, berkunjunglah ke blog saya. Saya rekodkan persediaan saya untuk ke Puncak Kinabalu. Harap dapat kongsi nasihat dan tips, Terima kasih!

    60hari.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. gud lak bang :)
      first time naik gunung ya?hehe cpa, abg tiap hari training kan, confirm dapat sampai puncak :)

      Delete
    2. duiii 4 kali sudah sa naik.. sana..dulu masa tingkatan 3.. dua jam dari timpohon p laban rata...masa universiti 4 jam sampai laban rata... sudah jadi gaman..jam 5 petang baru sampai..hahaha kali ketiga sijil warna lagi..kali kempat haha black and white..
      buttt kali kelima try dari mesilau,,,sudah tinjau2 sana laluan cantik...kalau suka2 sudah sampai 3 kilometer sa sna p

      Delete
  4. eemm.. kita punya minat yg sama... InsyaALLAH ujung tahun nie wa panjat utk kesekian kalinya... this time, wa gi ngan 9 org.. 5 dr KL & 4 dr perlis.. doakan smuanya selamat... klau nak tgk wa pnya pengalaman & gambo bleh la ziarah www.budakgunungganang.blogspot.com... salam gunung dari wa... adiosss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sebab sudi baca blog sy. Gud lak naik gunung kinabalu!!! :)

      Delete
  5. saya pun mau next time sebelum makin berat.ekekke

    ReplyDelete
  6. Hallo salam kenal saya denz dari jakarta, rencana saya mau ke kinabalu.
    Boleh minta info, penginapan, transportasi Dll

    Facebook: www.facebook/denzzanneti

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya saudara..hari tu sy join senior naik gunung ni..sy tak pasti pakej mana satu yang dia ambil :)

      Delete
  7. Salam.. saya nak guna gambar pemandangan kat sini boleh tak?

    ReplyDelete
  8. berapa ye kos mendaki gunung kinabalu??wajib pakai pakej ke??kalau melalui pakej boleh x? =)

    ReplyDelete
  9. aslam> biasanya kos nak naik gunung utk sabahan dan semenanjung berbeza.. :) kos utk semenanjung rasanya dlm rm600 dan ke atas...biasanya memang kena ikut pakej :)

    ReplyDelete
  10. Hi..great stories! keep it up :) -- comey btw

    http://kakikujalanjalan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee u faham tak story sy? dah la slang sabah hahaha :)

      Delete