Lama betul tidak sambung cerita
Maliau Basin..Oleh sebab besok cuti dan juga disebabkan jiwa tengah kacau belaka, so saya merajin-rajinkan jari ini untuk
menaip sambil ni otak berfikir, mengingat-ingat kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku
masa tinggal dalam hutan tahun lepas.
22 SEPTEMBER 2012. Hari yang ditunggu-tunggu telah
tiba. Hari untuk menuju ke Air Terjun Maliau! Air Terjun ini sememangnya air
terjun yang paling famous di Maliau ni disebabkan air terjun ni sangat cantik
dan bertingkat-tingkat tingginya. Kalau tidak silap, di Maliau tu ada lebih
kurang 20 air terjun yang berjaya dijumpai dan mungkin masih ada lagi yang
tertapuk ( belum dijumpai). Dan seterusnya lepas balik dari air terjun tu, of
kos la kami menuju ke kem kedua iaitu
Ginseng Camp.
|
Peta perjalanan kami ke Ginseng Camp |
Semua terpaksa bangun awal pagi
untuk sediakan sarapan ( sarapan bubur + ikan bilis + tempe + teh). Kalau bangun
lambat nanti kena tinggal pula dalam hutan sorang-sorang. Pujian harus
diberikan kepada kawan-kawanku ( aisehhh) sebab sepanjang dalam hutan tu, semua
tolong-menolong dan sangat bekerjasama walaupun semua kepenatan dan letih.
|
Semangat awal pagi |
Okeh. Selepas sarapan, kami
memulakan perjalanan dan disebabkan terlalu excited dengan ‘pengembaraan’, kami
semua terlupa untuk melakukan sesuatu yang sangat penting sebelum melangkah
daripada Camel Trophy Camp. Akibatnya, satu rombongan menerima akibat. Yang
ini, dirahsiakan dan tidak boleh diceritakan di sini sebab sangat sulit. ^^
Satu saja nasihat saya, patuhilah pantang larang hutan. Walaupun ada yang cakap jangan percaya dengan benda karut
macam ni, tapi kita perlu tahu juga sebenarnya sebab hutan ni banyak penghuni
dari zaman-berzaman. Tidak elok kan kalau menganggu rumah orang lain, so sama
juga keadaan dengan dalam hutan.
|
Sempat lagi posing dalam hutan |
|
Jalan yang diharungi~ |
|
Dorang ni kalau mau digambar terus posing macho |
Sambung balik. Kami dijangka tiba di
junction ( tempat berehat untuk lunch) lebih kurang jam 1 petang. So kami
seperti biasa meneruskan perjalanan dengan bergerak dalam dua kumpulan.
Perjalanan kami kali ini terlalu mengasyikkan. Apa tidaknya, sepanjang
perjalanan dapat nampak tumbuhan Nephentes atau nama tempatannya Periuk Kera
bersepah-sepah tumbuh di tepi jalan. Pelbagai saiz, bentuk dan warna.
|
Rehat-rehat sekejap |
|
Apa di atas pokok itu sampai macam itu jadinya muka kawan saya?? |
|
Steady bah biarpun jauh perjalanan |
Jalan
setapak, jumpa periuk kera. Ada yang sebesar peha, ada yang sekecil duit
syiling 10 sen. Kami pun macam orang sakai, jumpa Nephentes besar sikit terus
kasi keluar kamera, tangkap gambar macam model. Antara tumbuhan periuk kera
yang ada kami nampak sepanjang jalan tu ialah N. veitchii, N. tentaculata, N.
stenophylla, N. mirabilis, dan N. reinwardtiana. Apa itu? Nanti rujuk dalam
gambar ya ^^. Rupanya kawasan ni memang habitat Nephentes, tidak hairanlah
banyak betul boleh dijumpa di sana.
|
Kecilnya Nephentes ni |
|
Ini saiz dia sebesar lengan |
|
Cantik! |
|
Lupa nama saintifik Nephentes ni +.+ |
|
Dari bawah sampai atas pokok semua Nephentes ja |
|
Lagi dan lagi Periuk Kera |
|
^_^ |
|
Lain jenis lagi |
|
Comel dan gemuk |
Perjalanan
yang seterusnya lagi manis. Persekitaran hutan memang cantik, dengan keadaan
hutan macam dalam alam fantasi, tapi rugi pula lupa saya ambil gambar. Penat
kan, mana ingat lagi mau ambil kamera dalam beg 8kg di belakang. Berhenti
sekejap nanti pacat menyerang pula, oh saya tidak sanggup.
|
Berdarah disebabkan pacat?? |
|
Jalan tapi nda juga sampai-sampai bisa bikin hati panas ya |
|
Mesti rehat sambil makan untuk dapat tenaga |
Guess
what? Kami sampai di junction tu satu jam lebih lagi awal dari jangkaan. Masa
tu, kami berbincang-bincang siapa-siapa yang akan ke air terjun dan siapa yang
tidak larat boleh balik ke Ginseng Camp lebih awal. Kali ni saya ikut kumpulan
dua masa OTW untuk ke waterfall disebabkan kecederaan pada kaki. Lagipun saya
mau jalan lambat-lambat, mau menghayati pemandangan hutan. Rugi bayar mahal
tapi tidak tengok jalan kiri-kanan dalam perjalanan kan?
|
Makan lagi dan lagi |
|
Malar naik bukit turun bukit |
|
Rajin renjer ni terangkan dengan kami pasal tumbuh-tumbuhan yang ada di Maliau ni
|
|
Unik! Batang pokok berbentuk hati ( LOVE) |
Jalan-jalan
tapi tidak sampai-sampai juga. Memang bikin naik darah juga kan? Tapi kami
steady saja. Kami tanya macam-macam dengan renjer hutan yang jalan dengan kami. At least,dapat juga sedikit sebanyak ilmu tentang flora dan fauna ni kan.
Ohya, ngam-ngam sama nama pula saya dengan renjer hutan tu. Bila nama dipanggil, dua-dua menoleh. Bingung nda tau siapa orang yang dimaksudkan. Bila sampai Lobah View, ingatkan dekat sudahlah dengan air terjun. Rupanya hadoihhh….dalam hati
rasa macam mau memaki-maki sudah sebab penatnya Tuhan saja yang tau.
|
Pemandangan cantik di Lobah View |
|
Tinggi pokok ni. Tengok akar banir ni pun boleh tau |
Lepas
2 jam berjalan macam orang gila dalam hutan, nasib baik nda terjelir lidah, akhirnya kami sampai ke
air terjun Maliau.. Memang sangat cantik! Terus hilang penat 1 badan. Ambil gambar banyak-banyak pun
masih tidak boleh tanding dengan pemandangan depan mata. Macam tengah berada di
kayangan.
|
Yeahhhh! Sampai akhirnya~ |
|
Wohh! Posing jangan nda posing! |
|
MALIAU BASIN WATERFALL :) |
|
Sempat mandi manda di tepi batu ja |
|
Sumandak dan tanak wagu PISMP SAINS 2011 |
|
Amazing view! |
Lepas
puas ambil gambar, minum air sungai ( air minum kering suda dalam botol),
mandi, tukar baju, akhirnya kami melangkah meninggalkan air terjun dan balik
terus ke Ginseng Camp. Perjalanan balik terlalu siksa, sampai terpaksa
merangkak untuk panjat bukit yang menegak. Rasa macam buah pinggang ni mau
tecabut sebelah, sebab terlalu memaksa badan untuk berjalan. Sudahlah air minum
pun nda banyak, terpaksa renjer bagi air dia dengan kami atas dasar simpati dan
kasih sayang sesama manusia. ( aisehhh)
|
Muka kepenatan tahap dewa |
Kami
sampai ke Ginseng Camp lebih kurang jam 8 malam. Perjalanan yang sungguh
panjang dan membawa seribu cerita buat kami semua. Boleh mengalirkan air mata
kalau diingat kembali. Lepas rehat-rehat sekejap, kami tertidur dan nda sabar
tunggu hari esok sebab mau balik cepat. Nda tahan makan bubur malar.
Terbayang-bayang suda di kepala mau makan KFC lepas sampai Bandar Tawau.
TO BE CONTINUED ----->
what a journal... really interesting! :) bestnya kamu... jelessszz oo.. hehe
ReplyDeleteheheee..lama btl mengurus tu baru dpt p sana fazly..syukur la semua selamat jg biarpun byk ni cedera..en ruslan pun seret kaki ah 9km time masa mo balik suda..huhu
ReplyDelete