Friday, February 1, 2013

KISAH MABUL KAPALAI


Pulau Mabul dan Kapalai merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di Sabah. Ia merupakan dua buah pulau yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Pulau Mabul merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Keindahan laut jernihnya yang membiru dan menghijau telah memikat ramai pelancong untuk datang ke Semporna bagi menikmati keajaiban dan keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Tidak ketinggalan juga dengan saya dan rakan-rakan saya. Kami berpeluang untuk makan angin ke sini tidak lama dulu. Memang satu kerugian kalau tidak menjejakkan kaki dan snorkelling di Mabul dan Kapalai ni sebab view di sini betul-betul sangat cantik.
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Hepinya mereka
OTW to Kapalai
Kami yang happy!
Kapalai sangat unik dan tidak seperti pulau-pulau lain di Sabah ini di mana pulau ni tiada daratan yg boleh dijejaki.. Yang ada hanyalah timbunan tebingan karang yang dikenali sebagai Terumbu Karang Ligitan. Asalnya terdapat daratan-pulau di sini, tapi berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot. 
Ready-ready untuk aktiviti snorkelling
Cantik ^^
Perkampungan dan resort terapung yg ada di sini semuanya dibina berasaskan tiang yang dipacak di bawah air dan resort seakan rumah air ini dikelilingi air laut yang bersih dan jernih serta mempunyai karzanah alam yg menakjubkan. Percayalah, tempat ni memang cantik!.. Serious cantik..
Nampak suda Kapalai~
Memang cantik~
Bagi sesiapa yang teringin untuk datang ke Mabul atau Kapalai, anda dinasihatkan membawa sunblock masing-masing. Suhu di pulau ni sangat panas di kala matahari sedang terik. Bagus juga kalau boleh bawa kipas tangan atau kipas bateri. Untuk makluman pulau bukan sahaja panas, malah bekalan letrik juga adalah dicatu.
Penulis blog ini ^^
Seterusnya, beralih pula ke Pulau Mabul. Tidak dinafikan pemandangan di sini sangat-sangat sangat indah. Dengan pasir pantai yang putih, air yang biru kehijau-hijauan, batu karang yang cantik dan pelbagai jenis ikan yang beraneka warna dan bentuk. Rugi kalau tidak snorkeling di Mabul dan Kapalai. 
Identiti manusia ini tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti, dia terlampau leka snorkelling hingga ke bawah tiang
Hujan-hujan pun kami sanggup turun snorkelling
Air terlalu jernih, nampak dasar laut terus~!
Best snorkelling di sini~!
Encih Ikrimah seronok betul muka dia 
Tidak dapat amik gambar pemandangan dalam laut~! Ini saja yg dapat diambil~ itupun dari permukaan air~
Di Pulau Mabul ni, ada dua perkampungan iaitu Perkampungan Suluk dan Perkampungan Bajau Laut. Penduduk asal perkampungan Suluk adalah pelarian Filipina yang menetap di sini. Antara perkampungan Suluk dan perkampungan Bajau Laut, perkampungan Bajau Laut  lebih daif. Ini kerana mereka adalah penduduk tetap lautan. Maksudnya mereka ni berumah, masak, beranak, hidup semua dalam perahu berbumbung. 

Berjalan-jalan keliling pulau
Budak-budak mandi manda di bawah rumah
Perkamoungan kecil di Mabul
Aktiviti pusing-pusing keliling kampung
Keadaan kampung
Ada kedai runcit juga
Air laut memang jernih, tembus ke dasar
Ada kedai jual cenderahati juga
Mungkin, hanya di Mabul saja kita boleh lihat perkampungan di laut macam penduduk Bajau Laut ni. Best juga bila tengok kehidupan masyarakat lain yang kita tidak pernah tahu sebelum ni kan? Jadi, cepat-cepatlah pegi Pulau Mabul dan Kapalai. Rugi kalau jalan-jalan makan angin di Oversea tapi pusat peranginan di Negara sendiri belum pernah terokai. 

Woooo, tempat 'duyung' bersidai ni
Amik gambar pantai Mabul yang cantik
Tidak sempat masuk, sebab kelam kabut mau balik
We are here!~
Bergaya di tepi pantai~
Ikan dyung Kota Marudu
Happy hour~
Pusing-pusing keliling pantai
Sempat ambil gambar kenang-kenangan
Pantai bersih dan putih pasirnya, ruginya kalau tidak datang Mabul
Berebut mau bergambar
Banyak pokok kelapa~

6 comments:

  1. bismillah..
    mohon saudara share resort atau pakej yang encik peri ni boleh??

    emel ke
    fauzie.prsuniten@gmail.com

    ReplyDelete
  2. best sangat..da smpai sne tp mcm nk g lgi..i'Allah satu ari nnti..

    ReplyDelete
  3. mohon share cerita jugak boleh...kalau saya sampai tawau jam 1 tengahari sempat tak naik bot di jeti petang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya snow pink..lama dah tak jenguk blog ni..huhuuu awak dah pegi pulau mabul? :)

      Delete