Sunday, January 27, 2013

PULAU LABUAN



Labuan?? Dulu 1 tahun juga saya tinggal di Labuan,di Kolej Matrikulasi Labuan (2008/2009). Ingatkan lepas habis belajar, xda can suda mau datang di sana. Rupanya lepas 2 tahun lebih, dapat juga saya jejak kaki balik di situ lagi.

25/10/2011 bersamaan dengan cuti Deepavali, saya dengan kawan-kawan merancang berjalan-jalan ke Pulau Labuan, dan di area sekitar Kota Kinabalu. Sebelum bertolak ke Labuan, kami menginap sehari di rumah pensyarah di KK. Besoknya, kami naik Feri direct ke Labuan. Sebenarnya, ada empat cara untuk ke Pulau labuan. Pertama, naik ferry express dari Kota Kinabalu, iaitu naik dari jeti Jesselton Point. Kedua, naik kapal terbang. Ketiga, naik bas/drive dari Kota Kinabalu ke jeti Menumbok, kemudian naik speed boat. Keempat, naik bas/drive dari Kota Kinabalu, kemudian naik ferry besar.
Kawan-kawan di airport Tawau, menuju ke Kota Kinabalu

Bersedia untuk ke Kota Kinabalu

Berkumpul di rumah pensyarah

Sempat lagi amik gambar

Tiket Feri Labuan - Kota Kinabalu

Naik feri besar~

Gambar kenangan

Pemandangan sekitar Pelabuhan KK

Teda duit beli tiket flight, lagipun malas mau naik feri besar Menumbok tu. Perjalanan feri tu biasalah, memang bosan. 4 jam beb duduk dalam feri yang terumbang ambing itu.sepanjang perjalanan, macam biasa kami membuat peta dunia@ tidur. Nasib baik teda yang mabuk laut.
Pening-pening lalat
Nampak suda Labuan
Bersedia untuk keluar dari feri
Setibanya kami ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan, kami terus masuk cari bank dan membeli coklat dari kedai-kedai berhampiran. Macam banyak juga coklat yang kami borong tu. Lepas tu, operasi mencari tempat penginapan pun bermula. Kami telah menduduki sebuah apartment iaitu BETA apartment. Apartment ini khas untuk golongan raja-raja saja( ok tipu!!) BETA apartment ni betul2 terletak di bangunan Financial Park @ Ujana Kewangan. Tempat tu merupakan tempat membeli belah terkemuka di sini.

Muka bangga sampai Labuan


Terus memborong coklat

Terminal Feri Labuan
Tempat tidur untuk 1 malam

Merayau-rayau di depan Apartmen

Sempat lagi ambil gambar

Beta Apartment


Rehat-rehat sekejapp

Kepenatan
Coklat oh coklat~

Show off nampak~ >.<

Makan cokolet dulu~

Di balkoni

Sumandak bergaya
Lepas rehat-rehat kejap dalam apartment, kami pun mula berjalan-jalan. Berjalan ke mana? Terlampau banyak berjalan sampai saya keliru. Tengok sajalah gambar di bawah ya. Lepas puas berjalan, kami mula menjalankan operasi shopping di UK (Ujana Kewangan). Dulu masa tinggal di Labuan, sampai muak makan coklat sebab coklat murah-murah. Tapi oleh sebab lama nda makan coklat, hari tu kami pusing satu UK mencari coklat yang paling murah harga. 

Kompleks Sukan Laut Labuan

"Tengok tu", bilang si Tia

Ohohoho~

Apa dalam akuarium tu?

Gadis Johor dan gadis Selangor

Bergambar bersama tulang ikan paus

Tempar seterusnya yang kami pergi ialah War Memorial Labuan

Ramai-ramai pegi sana

Tia dan Pikah

^_^

Sempat lagi posing maut di sana

Bergambar sebelum pegi di Muzium Chimney

Oh yeahhh~! Muzium Chimney
 
Hanya sekadar patung ya

Itu kami

Berhenti sekejap di Pantai Pancur Hitam

Berhenti untuk makan di gerai tepi pantai

Penat makan angin

Order ABC sebab panas bah di Labuan

Okeh masa untuk berfoya-foya
Memborong coklat


Rehat-rehat sekejap

Sky Park ini merupakan tempat shopping coklat termurah di Labuan yang kami jumpa

Ni baru sikit koleksi coklat yang kena jual
Untuk pengetahuan sesiapa yang minum arak , di Labuan ni banyak menjual minuman arak dengan harga yang sangat murah!  Kalau di pasaran biasa harga beratus Ringgit, di sini cuma berpuluh Ringgit.  Pilihan pun banyak.  Dari Johny Walke r(Blue Label, Black Label, Red Label), Hennekes, Chivas, dan lain-lain lagi . Memang murah betul!  Bagi perokok-perokok, untuk makluman juga di sini harga rokok memang murah dan terdapat lebih banyak pilihan. Bukan promote, cuma inform saja.

Kami berjalan sampai lewat malam ya. Biasalah, orang bujang. Pensyarah kami tidak ikut, so kami pun merayau-rayau sambil cari makan. Lepas puas berjalan, kami balik bilik. Tidur pun selesa sebab apartment bukan alang-alang punya harga. 
Berjalan sampai ke pelabuhan

Makan lewat malam

Ambil angin di balkoni tengah-tengah malam

17 comments:

  1. hai biltah...saya terbaca ruangan blog pasal pulau labuan nim...2 minggu lagi saya akan pergi bercuti di sana...can you share with me??memandangkan awak pernah stay kat sana...boleh saya tahu ada x tempat untuk aktiviti pantai??contohnya memancing...snorkeling ke??

    ReplyDelete
  2. setahu saya, di sana memang banyak pantai cantik2 :)pantai pancur hitam, pantai layang-layangan, boleh mandi manda tapi untuk aktiviti snorkelling ru tak tau la pula. kalau nak snorkeling, better pegi pulau manukan, dekat area kota kinabalu :)

    ReplyDelete
  3. hari tu saya snorkeling di pulau mabul,memang best. kawan saya cakap kat labuan tu nboleh snorkeling di sekitar perairan Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Damit dan Pulau Rusukan Besar

    ReplyDelete
  4. http://sabah-nan-indah.blogspot.com/2008/07/labuan.html

    ReplyDelete
  5. owwwhh...terima kasih sb reply komen sy...saya nak tanya kalau nak sewa bot ke snorkeling..biasanya berapa nya harga?..lebih kurang..sebab kami nak pergi ramai...hehe...lagi pun cuti sekolah...

    ReplyDelete
  6. hehee..welcome :) kalau pasal tu sy x tau pulak..sebab sy x pernah pula pegi snorkelling d labuan :) nanti pegi la pulau manukan, 10 minit naik bot dari pelabuhan Kota Konabalu. bajet naik bot untuk pulang balik kira2 RM 20 saja :)

    ReplyDelete
  7. rm20 pulang balik untuk satu kepala ya :P

    ReplyDelete
  8. owhhh...yer k?hehe...ingtkan pernah...tu dari kk kan??saya dari terminal feri labuan??hehee...msti jauh kan untuk ke pulau 2??eh awk..sy terbaca ada kawan awk pernah snokeling d pulau kuraman kan??jaoh x dari labuan?hehehe...maaflag sb menyusahkan...sb saya nak pergi ramai2...jadi kena plan awal2...hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Wahai muslimin & muslimat... Jangan menghampiri zina...
    Dimanakah adab pergaulan Islam??? Renung2kan..

    ReplyDelete
  10. selamat sejahtera ustaz@ustazah..terlebih dahulu sy mau cakap sy ni non-muslim..dari sudut mana saudara/saudari rasa kami ni menghampiri zina? berdasarkan gambar? dalam gambar tu tak ada tunjuk kami berpeluk2,kami semua 1 kelas dan kebanyakan rakan-rakan saya itu semuanya budak surau..jgn berdasarkan gambar, kamu suka hati jatuhkn tuduhan macam itu..Kamu pun bukan pasti masuk syurga atau tidak, boleh pula melalui pemerhatian dari gambar saja pun cakap menghampiri zina. tengok dahulu diri sendiri seblum cakap org lain ya :)

    ReplyDelete
  11. Hai sis nak tnya Beta apartment tu brapa rate kalo tinggal 1 mlm

    ReplyDelete
  12. lebih kurang rm200 1 malam tu sis :)

    ReplyDelete
  13. nak tnya klu tau laa..berapa tambang bas dari lcct labuan nk g pelabuhan labuan utk nek speedboat/feri yg membawa muatan kereta ke menumbok?...dan brp tambang bas skrg dr menumbok nk ke beaufort..tq

    ReplyDelete
  14. Alo geng, kmu guna public trport jak ka tu?

    ReplyDelete
  15. Hi,mau tanya, berapa harga ticket feri dari jesselton mau pgi labuan tu? Over all harga ticket pulang balik berapa? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heloo...kalau dulu harga rm34..pulang balik dalam rm68 saja..skrg mungkin harga dah turun kot..hehehe

      Delete
  16. Berapa harga coklat kat labuan ?

    ReplyDelete