Friday, February 1, 2013

KISAH MABUL KAPALAI


Pulau Mabul dan Kapalai merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di Sabah. Ia merupakan dua buah pulau yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Pulau Mabul merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Keindahan laut jernihnya yang membiru dan menghijau telah memikat ramai pelancong untuk datang ke Semporna bagi menikmati keajaiban dan keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Tidak ketinggalan juga dengan saya dan rakan-rakan saya. Kami berpeluang untuk makan angin ke sini tidak lama dulu. Memang satu kerugian kalau tidak menjejakkan kaki dan snorkelling di Mabul dan Kapalai ni sebab view di sini betul-betul sangat cantik.
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Hepinya mereka
OTW to Kapalai
Kami yang happy!
Kapalai sangat unik dan tidak seperti pulau-pulau lain di Sabah ini di mana pulau ni tiada daratan yg boleh dijejaki.. Yang ada hanyalah timbunan tebingan karang yang dikenali sebagai Terumbu Karang Ligitan. Asalnya terdapat daratan-pulau di sini, tapi berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot. 
Ready-ready untuk aktiviti snorkelling
Cantik ^^
Perkampungan dan resort terapung yg ada di sini semuanya dibina berasaskan tiang yang dipacak di bawah air dan resort seakan rumah air ini dikelilingi air laut yang bersih dan jernih serta mempunyai karzanah alam yg menakjubkan. Percayalah, tempat ni memang cantik!.. Serious cantik..
Nampak suda Kapalai~
Memang cantik~
Bagi sesiapa yang teringin untuk datang ke Mabul atau Kapalai, anda dinasihatkan membawa sunblock masing-masing. Suhu di pulau ni sangat panas di kala matahari sedang terik. Bagus juga kalau boleh bawa kipas tangan atau kipas bateri. Untuk makluman pulau bukan sahaja panas, malah bekalan letrik juga adalah dicatu.
Penulis blog ini ^^
Seterusnya, beralih pula ke Pulau Mabul. Tidak dinafikan pemandangan di sini sangat-sangat sangat indah. Dengan pasir pantai yang putih, air yang biru kehijau-hijauan, batu karang yang cantik dan pelbagai jenis ikan yang beraneka warna dan bentuk. Rugi kalau tidak snorkeling di Mabul dan Kapalai. 
Identiti manusia ini tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti, dia terlampau leka snorkelling hingga ke bawah tiang
Hujan-hujan pun kami sanggup turun snorkelling
Air terlalu jernih, nampak dasar laut terus~!
Best snorkelling di sini~!
Encih Ikrimah seronok betul muka dia 
Tidak dapat amik gambar pemandangan dalam laut~! Ini saja yg dapat diambil~ itupun dari permukaan air~
Di Pulau Mabul ni, ada dua perkampungan iaitu Perkampungan Suluk dan Perkampungan Bajau Laut. Penduduk asal perkampungan Suluk adalah pelarian Filipina yang menetap di sini. Antara perkampungan Suluk dan perkampungan Bajau Laut, perkampungan Bajau Laut  lebih daif. Ini kerana mereka adalah penduduk tetap lautan. Maksudnya mereka ni berumah, masak, beranak, hidup semua dalam perahu berbumbung. 

Berjalan-jalan keliling pulau
Budak-budak mandi manda di bawah rumah
Perkamoungan kecil di Mabul
Aktiviti pusing-pusing keliling kampung
Keadaan kampung
Ada kedai runcit juga
Air laut memang jernih, tembus ke dasar
Ada kedai jual cenderahati juga
Mungkin, hanya di Mabul saja kita boleh lihat perkampungan di laut macam penduduk Bajau Laut ni. Best juga bila tengok kehidupan masyarakat lain yang kita tidak pernah tahu sebelum ni kan? Jadi, cepat-cepatlah pegi Pulau Mabul dan Kapalai. Rugi kalau jalan-jalan makan angin di Oversea tapi pusat peranginan di Negara sendiri belum pernah terokai. 

Woooo, tempat 'duyung' bersidai ni
Amik gambar pantai Mabul yang cantik
Tidak sempat masuk, sebab kelam kabut mau balik
We are here!~
Bergaya di tepi pantai~
Ikan dyung Kota Marudu
Happy hour~
Pusing-pusing keliling pantai
Sempat ambil gambar kenang-kenangan
Pantai bersih dan putih pasirnya, ruginya kalau tidak datang Mabul
Berebut mau bergambar
Banyak pokok kelapa~

TIP OF BORNEO


TANJUNG SIMPANG MENGAYAU,KUDAT, SABAH
Sebenarnya tempat ni saya memang banyak kali sudah pegi. Mungkin lebih kurang 6 kali rasanya, sebab Kudat ni agak dekat dengan daerah kelahiran saya iaitu Daerah Kota Marudu. Tempat itu namanya Tanjung Simpang Mengayau. Untuk pengetahuan semua, Tanjung Simpang Mengayau yang juga dikenali sebagai ‘Tip of Borneo’ ni (bahagian paling utara Borneo), terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. 
Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan. Dalam bahasa kaum Rungus, Kudat, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama ‘Tanjung Sampang Mangazo’. ‘Tanjung’ bermaksud hujung, ‘sampang’ adalah simpang dan ‘mangazo’ pula bermakna peperangan. Begitulah kalau mengikut apa yang saya bacalah. 
Pemandangan sekitar Globe
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa, kawasan yang turut digelar ‘hujung tanduk’ Sabah ini merupakan tempat pertembungan arus dari dua lautan berbeza, iaitu Laut China Selatan di sebelah kiri dan Laut Sulu di sebelah kanan. Setiap tahun pada bulan Julai, apabila angin timur (Laut Sulu) bergelora dan di barat teduh (Laut China Selatan) dan sebaliknya, pengunjung berpeluang menyaksikan kedua-dua arus laut ini bertembung. Fenomena inilah yang sering ditunggu-tunggu oleh pelawat, namun fenomena ini tidak menentu dan bergantung kepada keadaan angin dari kedua-dua laut.
Makan angin dengan adik-adik dan kakak
Cantik background~
Adik sibuk berlari di batuan Tanjung
Rumah api di Tanjung Simpang Mengayau
Di hujung Tanjung Simpang Mengayau, terdapat sebuah globe yang menjadi mercu tanda tempat ini. Globe berwarna gangsa yang membentuk “Tip of Borneo” ini menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah di timur. Sebuah peta yang memaparkan pulau Borneo dipahat di atas permukaan yang rata.  Menarik dan sangat unik kan? Dan untuk sampai ke tempat ini, pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 200 meter dari tempat letak kereta, turun bukit, naik bukit. Agak memenatkan bagi yang tidak biasa berjalan kaki, tetapi waktu berjalan kita boleh merakamkan pemandangan menarik di sekitar. Jadi kurang sedikit rasa penat.
Perjalanan ke Globe
Tidak penat sebab kiri kanan pemandangan cantik~
Kakak baju pink, adik baju belang, yang sorang lagi kawan adik ^^
Ini pemilik blog :P
Di sebabkan tempat ini terletak berhampiran laut, keadaannya memang panas. Panas dan memang angin agak kencang sikit. Sangat berbeza dengan keadaan di Kundasang atau di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Apapun, memang tidak perlu risau bila makan angin di sini sebab memang ada beberapa kemudahan yang tersedia antaranya kafe, pondok berehat, kedai cenderamata dan chalet. Bilik air pun ada disediakan. Di sebelah kiri tanjung terdapat sebuah pantai cantik dinamakan Pantai Kalampunian. Sempatlah berehat di sana sekejap sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam.
Pantai Kalampunian :)
Bersukaria di pantai
Bermain pasir~
Pasir putih dan cantik :)
Giliran penulis blog yang melompat-lompat
Itu kami!
Semart kan? ^^
Pemandangan matahari terbenam :)
Tidak rugi jalan jauh-jauh untuk tengok pemandangan indah di sini :)
Kepada yang belum pernah datang ke sini, bolehlah luangkan masa berkunjung bersama keluarga, rakan-rakan atau secara bersendirian untuk melapangkan fikiran. Tanjung Simpang Mengayau terletak kira-kira 215 kilometer dari Kota Kinabalu, iaitu lebih kurang tiga setengah jam pemanduan.