Saya memang kaki
jalan, suka berjalan ke pantai, gunung, pulau..dan mana2-mana tempat yang
cantik dan sejuk jiwa raga memandang. Tahun ni tahun yang agak sibuk bagi saya
sebab sibuk dengan praktikum, dan tahun ni merupakan tahun terakhir saya berada
di Tawau (setelah hampir 5 tahun bangas duduk di Balung). Sepatutnya minggu
lalu saya SUDAH makan angin ke 3 pulau yang cantik, tapi disebabkan ada masalah
teknikal, jadi kembara pulau ini saya tangguhkan ke bulan Mei nanti.
|
PULAU MAIGA |
|
PULAU MAIGA...TGK PASIR DIA...SEMART BHAA |
Rasa macam terlalu lama tidak post
pasal kisah makan angin saya pula. Jadi hari ni saya cuma dapat ceritakan serba
sedikit tentang kembara pulau saya pada tahun lalu. Post kali ni banyak share
gambar sebab saya agak sibuk ni sebenarnya, ada ujian yang perlu ditadbir
besok, jadi kena prepare bahan-bahan. SORRY!!!
|
BOHEY DULANG..LEPAS HABIS MENDAKI |
Seperti biasa, saya lebih suka
memilih untu berjalan ke pulau-pulau di sekitar Sabah sahaja iaitu di daerah Semporna.
Standart lah kan, kalau makan angin di pulau di sekitar Semporna ni, mesti ada
keinginan untuk bersnorkeling. Tapi, ada satu pulau ni kami datang ke sana bukan
untuk snorkeling. Pulau ni agak unik
sebab ada bukit yang tinggi dan kita boleh panjat bukit tu ke puncak, then menikmati
pemandangan yang SANGAT INDAH!!!!!!! Aktiviti memanjat bukit dari jeti
mengambil masa dalam 20 minit rasanya ... kalau fit macam saya lah,
hehehee......
|
OTW TO PUNCAK BUKIT |
|
JADI MODEL BOHEY DULANG SEKEJAP |
|
PUNCAK BUKIT BOHEY DULANG |
|
INDAHNYA CIPTAAN TUHAN |
|
TENGOK AIR DIA YG TEMBUS SAMPAI KE DASAR |
Bagi saya, dalam
banyak2 pulau yang pernah saya pergi di Sabah ni, pulau ni antara yang
paling SUPERB la. So sesiapa yang datang
Semporna tu, saya memang rekomen la pegi pulau ni, lagi pun pulau ni jarang orang pegi
especially orang luar lah. Biasanya pelancong luar ni asyik tertipu dgn iklan Pulau
Mabul, Pulau Sipadan yang selalu terpampang megah di kawasan airport Tawau... kalau
dari segi keindahan semula jadi, pulau ni memang mantap. Pulau apa? PULAU BOHEY
DULANG~
|
PULAU SIBUAN |
|
|
|
|
BERMANDI MANDA DI PULAU SIBUAN |
|
PULAU MAIGA |
|
PENULIS BLOG INI SEDANG BERSANTAI DI PULAU SIBUAN |
Perjalanan ke pulau kedua iaitu
Pulau Maiga tidak memakan masa yang lama, iaitu lebih kurang 20 minit dengan
berjalan kaki. Opss! Dengan menaiki bot lah~ Sebenarnya ada banyak pulau yang
cantik di sekitar ni, antaranya Pulau Sibuan, ada pasir putih melepak, air biru..Pulau
Sibuan ni adalah destinasi terakhir kami dalam Kembara Pulau musim lalu. AISEH~
Saya tau banyak pembaca setia dalam blog saya ni. Kamu tengok sendiri la
gambar-gambar ni, buatlah penilaian sendiri. Kalau berminat dengan pakej percutian
yang kami sertai ni, bolehlah lawat page Kembara Pulau Semporna di laman
Facebook.