|
Kami selamat sampai ke KK |
|
Jesselton Point |
Selepas puas makan angin di Labuan, kami
kembali ke Kota Kinabalu untuk meneruskan program bersiar-siar di sekitar KK. Sampai
saja di pelabuhan KK, kami terus berbincang ke mana hala tuju kami seterusnya. Akhirnya
kata putus kami ialah berfoya-foya di Suria Sabah dan di Centre Point.
|
Bukan monyet, ini kawan sy yerr |
|
OH..Kami bermain gae beramai-ramai |
|
Makan di Suria Sabah sambil tengok pemandangan ni |
|
Kami lah ni |
|
Lagi bergambar malar |
|
Melepak di Palm Square |
Antara aktiviti
kami ialah makan, cuci mata, beli barang, KARAOKE, makan lagi balik, of course
tengok wayang, main game dan last sekali ialah melepak sebelum balik ke rumah
Miss Naima di UA. Lepas sampai rumah, yang budak-budak lelaki keluar malam pegi
cari makanan. Entah jam berapa baru balik rumah.
|
Budak-budak nakal |
|
Bermain gusti ya |
|
Sampai lewat malam |
Besok
harinya, kami rancang untuk ke Zoo Lok Kawi. Nasib baik salah seorang kawan
kami tau di mana tempat tu. So, berpandukan arahan dia, sampai jugalah kami ke tempat
yang dituju.
|
OTW pegi sarapan |
|
Tunggu kawan-kawan habis Solat Jumaat |
|
Our driver |
Taman
Hidupan Liar Lok Kawi memiliki keunikan dan keistimewan sendiri kerana
berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani. Masa operasinya setiap
hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Pengunjung dapat melihat pelbagai
jenis binatang seperti badak,rusa,harimau,gajah Asia, kijang,memerang, burung
unta, musang, badak sumatra dan banyak lagi. Kita juga berpeluang untuk tengok dengan
lebih dekat spesies Orang Utan dan juga Monyet Proboscis yang hanya boleh di
dapati di Sabah. Selain tu, ada juga
Harimau dahan yang hanya boleh di dapati di kepulauan Borneo dan Asia.
|
Kami naik kereta api comel |
|
Bergambar kenangan |
|
Oh beruang |
|
Oh harimau |
|
Oh orang utan |
|
Kami naik kereta api~ |
|
Oh bayau~ |
|
Oh bayau |
|
Dalam kurungan burung2 pelbagai jenis |
|
Kami yang comel |
|
Oh Harimau Dahan |
|
Oh burung unta |
Selepas
puas berjalan-jalan di sekitar Zoo, kami kembali ke Kota Kinabalu. Aktiviti yang
seterusnya saya sudah lupa sebab sudah benda sudah lama kan. Ingat senangkah mau
recall balik ingatan? Haha.
|
Berabis si Syl menangkap gambar kereta api lalu |
|
Yuna versi Sabah |
|
Rehat sebentar di kampung orang |
|
Melihat pemandangan indah di area Papar |
Okeh.
Esoknya kami merancang untuk ke Karambunai Lagoon Park. Oleh sebab ini adalah
pertama kali kami ke sana, kami tersalah masuk ke Nexus Resort Karambunai. Okeh, memang memalukan. Nasib baik guard di
sana tegur kami. Dengan muka selambanya kami pun keluar dari tempat tu dan cari
tempat yang sebenar. Tidak lama mencari, selepas 5 minit sudah jumpa. Sorang bayar
RM 10, lepas tu kelam kabut kami cari ruang yang kosong untuk booking tempat. Waduh-waduh,
kiri kanan ada pengunjung buat aktiviti entah apa tu sampai berkaraoke dangdut
la rock la. Kami buat-buat pekak, mencari tempat yang selesa untuk bermandi-manda.
|
Sampai juga akhirnya |
|
Inilah tempat yang kami salah masuk tu |
|
Mencari tempat melepak |
Pantai
yang bersih, pasir yang memutih. Okeh. Kami cepat-cepat terjun ke dalam air.
Berenang la konon padahal air cuma paras
lutut. Main air sampai sunburn. Kawan-kawan
perempuan yang lain sudah balik ke tempat barang-barang kami. Saya dengan
kawan-kawan lelaki yang lain masih melompat-lompat di dalam air. Mau berhenti
mandi tapi asal jalan setapak, nampak air laut membiru, gatal betul ni kaki mau
melompat, menerkam air laut tu balik.
|
Melihat tapak sulaiman |
|
Oh pantai |
|
Bermain lumpur~ |
|
Bestnya bermain air |
|
Hoyeahhh! |
|
Baring-baring di pantai |
|
PISMP SAINS 2011 |
|
Teka bayang sepa tu |
|
Berlawan kami di pantai |
|
Berlawan la sangat |
|
Bermandi manda di tepi pantai saja |
|
Main dengan ombak yang best |
Lepas
setengah jam, baru kami berjaya balik ke tempat kawan-kawan lain. Itu pun,
tergendala lepas 5 kali melompat balik ke dalam air laut. Kawan saya sorang
marah-marah masa kami mandi laut balik tapi, nda lama dia pun terjun sama juga.
Jeles lah tu.
|
Pasir pantai yang putih |
Lepas
habis aktiviti air, kami ke Tanjung Aru untuk cari makan. Boleh tahan juga
makanan di sana. Habis makan tu, kami
kelam kabut balik rumah sebab malamnya tu kami kena balik ke Tawau. Bukan jalan
kaki lah, mestilah naik flight. Okeh, itu sahaja cerita sepanjang percutian
kami di sekitar Kota Kinabalu. Next time saya akan cerita pasal percutian kami
ke Pulau Mabul dan Pulau Kapalai pula ya.
|
Cantik kan? :) |
|
|
|
|
Minta puji saja :P |
|
Bergambar bersama penyu batu
|
|
Sebelum balik |
|
WOW |
|
Kami makan makan dan makan |