Monday, March 17, 2014

Kembara Pulau 2013


Saya memang kaki jalan, suka berjalan ke pantai, gunung, pulau..dan mana2-mana tempat yang cantik dan sejuk jiwa raga memandang. Tahun ni tahun yang agak sibuk bagi saya sebab sibuk dengan praktikum, dan tahun ni merupakan tahun terakhir saya berada di Tawau (setelah hampir 5 tahun bangas duduk di Balung). Sepatutnya minggu lalu saya SUDAH makan angin ke 3 pulau yang cantik, tapi disebabkan ada masalah teknikal, jadi kembara pulau ini saya tangguhkan ke bulan Mei nanti.
PULAU MAIGA
PULAU MAIGA...TGK PASIR DIA...SEMART BHAA
Rasa macam terlalu lama tidak post pasal kisah makan angin saya pula. Jadi hari ni saya cuma dapat ceritakan serba sedikit tentang kembara pulau saya pada tahun lalu. Post kali ni banyak share gambar sebab saya agak sibuk ni sebenarnya, ada ujian yang perlu ditadbir besok, jadi kena prepare bahan-bahan.  SORRY!!!
BOHEY DULANG..LEPAS HABIS MENDAKI
Seperti biasa, saya lebih suka memilih untu berjalan ke pulau-pulau di sekitar Sabah sahaja iaitu di daerah Semporna. Standart lah kan, kalau makan angin di pulau di sekitar Semporna ni, mesti ada keinginan untuk bersnorkeling. Tapi, ada satu pulau ni kami datang ke sana bukan untuk snorkeling. Pulau ni agak unik sebab ada bukit yang tinggi dan kita boleh panjat bukit tu ke puncak, then menikmati pemandangan yang SANGAT INDAH!!!!!!! Aktiviti memanjat bukit dari jeti mengambil masa dalam 20 minit rasanya ... kalau fit macam saya lah, hehehee......
OTW TO PUNCAK BUKIT
JADI MODEL BOHEY DULANG SEKEJAP
PUNCAK BUKIT BOHEY DULANG
INDAHNYA CIPTAAN TUHAN
TENGOK AIR DIA YG TEMBUS SAMPAI KE DASAR
Bagi saya, dalam banyak2 pulau yang pernah saya pergi di Sabah ni, pulau ni antara yang paling SUPERB la. So sesiapa  yang datang Semporna tu, saya memang rekomen la pegi pulau ni, lagi pun pulau ni jarang orang pegi especially orang luar lah. Biasanya pelancong luar ni asyik tertipu dgn iklan Pulau Mabul, Pulau Sipadan yang selalu terpampang megah di kawasan airport Tawau... kalau dari segi keindahan semula jadi, pulau ni memang mantap. Pulau apa? PULAU BOHEY DULANG~
PULAU SIBUAN


BERMANDI MANDA DI PULAU SIBUAN
PULAU MAIGA
PENULIS BLOG INI SEDANG BERSANTAI DI PULAU SIBUAN
Perjalanan ke pulau kedua iaitu Pulau Maiga tidak memakan masa yang lama, iaitu lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki. Opss! Dengan menaiki bot lah~ Sebenarnya ada banyak pulau yang cantik di sekitar ni, antaranya Pulau Sibuan, ada pasir putih melepak, air biru..Pulau Sibuan ni adalah destinasi terakhir kami dalam Kembara Pulau musim lalu. AISEH~ Saya tau banyak pembaca setia dalam blog saya ni. Kamu tengok sendiri la gambar-gambar ni, buatlah penilaian sendiri. Kalau berminat dengan pakej percutian yang kami sertai ni, bolehlah lawat page Kembara Pulau Semporna di laman Facebook.



3 comments:

  1. so nice pictures about the islands! Sorry, that I cannot understand your language...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks framichele..Please come to Malaysia especially the East Borneo island states of Sabah and Sarawak (my home state)..Sabah have a lot of beautiful islands :)

      Delete
  2. Thank you for the kindly reply: I was three times in Sabah - and come back a last time in January: then I want to visit first time some islands near Semporna... Last year I was some days on Pulau Mantanani...

    ReplyDelete