Sunday, January 27, 2013

ZOO DAN KARAMBUNAI



Kami selamat sampai ke KK
Jesselton Point
Selepas puas makan angin di Labuan, kami kembali ke Kota Kinabalu untuk meneruskan program bersiar-siar di sekitar KK. Sampai saja di pelabuhan KK, kami terus berbincang ke mana hala tuju kami seterusnya. Akhirnya kata putus kami ialah berfoya-foya di Suria Sabah dan di Centre Point. 
Bukan monyet, ini kawan sy yerr

OH..Kami bermain gae beramai-ramai

Makan di Suria Sabah sambil tengok pemandangan ni

Kami lah ni
Lagi bergambar malar

Melepak di Palm Square
Antara aktiviti kami ialah makan, cuci mata, beli barang, KARAOKE, makan lagi balik, of course tengok wayang, main game dan last sekali ialah melepak sebelum balik ke rumah Miss Naima di UA. Lepas sampai rumah, yang budak-budak lelaki keluar malam pegi cari makanan. Entah jam berapa baru balik rumah. 

Budak-budak nakal

Bermain gusti ya

Sampai lewat malam

Besok harinya, kami rancang untuk ke Zoo Lok Kawi. Nasib baik salah seorang kawan kami tau di mana tempat tu. So, berpandukan arahan dia, sampai jugalah kami ke tempat yang dituju.  
OTW pegi sarapan

Tunggu kawan-kawan habis Solat Jumaat

Our driver
Taman Hidupan Liar Lok Kawi memiliki keunikan dan keistimewan sendiri kerana berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani. Masa operasinya setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Pengunjung dapat melihat pelbagai jenis binatang seperti badak,rusa,harimau,gajah Asia, kijang,memerang, burung unta, musang, badak sumatra dan banyak lagi. Kita juga berpeluang untuk tengok dengan lebih dekat spesies Orang Utan dan juga Monyet Proboscis yang hanya boleh di dapati di Sabah. Selain tu,  ada juga Harimau dahan yang hanya boleh di dapati di kepulauan Borneo dan Asia.
Kami naik kereta api comel

Bergambar kenangan
  
Oh beruang

Oh harimau

Oh orang utan

Kami naik kereta api~

Oh bayau~

Oh bayau

Dalam kurungan burung2 pelbagai jenis

Kami yang comel

Oh Harimau Dahan

Oh burung unta
Selepas puas berjalan-jalan di sekitar Zoo, kami kembali ke Kota Kinabalu. Aktiviti yang seterusnya saya sudah lupa sebab sudah benda sudah lama kan. Ingat senangkah mau recall balik ingatan? Haha. 
Berabis si Syl menangkap gambar kereta api lalu

Yuna versi Sabah

Rehat sebentar di kampung orang

Melihat pemandangan indah di area Papar
Okeh. Esoknya kami merancang untuk ke Karambunai Lagoon Park. Oleh sebab ini adalah pertama kali kami ke sana, kami tersalah masuk ke Nexus Resort Karambunai. Okeh, memang memalukan. Nasib baik guard di sana tegur kami. Dengan muka selambanya kami pun keluar dari tempat tu dan cari tempat yang sebenar. Tidak lama mencari, selepas 5 minit sudah jumpa. Sorang bayar RM 10, lepas tu kelam kabut kami cari ruang yang kosong untuk booking tempat. Waduh-waduh, kiri kanan ada pengunjung buat aktiviti entah apa tu sampai berkaraoke dangdut la rock la. Kami buat-buat pekak, mencari tempat yang selesa untuk bermandi-manda. 
Sampai juga akhirnya

Inilah tempat yang kami salah masuk tu
Mencari tempat melepak
Pantai yang bersih, pasir yang memutih. Okeh. Kami cepat-cepat terjun ke dalam air. Berenang la konon padahal air  cuma paras lutut.  Main air sampai sunburn. Kawan-kawan perempuan yang lain sudah balik ke tempat barang-barang kami. Saya dengan kawan-kawan lelaki yang lain masih melompat-lompat di dalam air. Mau berhenti mandi tapi asal jalan setapak, nampak air laut membiru, gatal betul ni kaki mau melompat, menerkam air laut tu balik.
Melihat tapak sulaiman

Oh pantai

Bermain lumpur~

Bestnya bermain air
Hoyeahhh!

Baring-baring di pantai

PISMP SAINS 2011
Teka bayang sepa tu

Berlawan kami di pantai
Berlawan la sangat
Bermandi manda di tepi pantai saja
Main dengan ombak yang best
Lepas setengah jam, baru kami berjaya balik ke tempat kawan-kawan lain. Itu pun, tergendala lepas 5 kali melompat balik ke dalam air laut. Kawan saya sorang marah-marah masa kami mandi laut balik tapi, nda lama dia pun terjun sama juga. Jeles lah tu.

Pasir pantai yang putih

Lepas habis aktiviti air, kami ke Tanjung Aru untuk cari makan. Boleh tahan juga makanan  di sana. Habis makan tu, kami kelam kabut balik rumah sebab malamnya tu kami kena balik ke Tawau. Bukan jalan kaki lah, mestilah naik flight. Okeh, itu sahaja cerita sepanjang percutian kami di sekitar Kota Kinabalu. Next time saya akan cerita pasal percutian kami ke Pulau Mabul dan Pulau Kapalai pula ya. 
Cantik kan? :)


Minta puji saja :P
Bergambar bersama penyu batu

Sebelum balik

WOW
Kami makan makan dan makan